Monday, January 20, 2014

Istanbul Aku Datang

Selam herkese (Salam everyone)

Contoh kat atas tu adalah dr bahasa Turki. Pelik kan bunyinya? Pertama kali dengar pon, saya nak tergelak. Bunyi mcm Bahasa Tamil pon ada... Tapi bila dah biasa dengar, berbeza sebenarnya. Kami dah membuat keputusan, saya menggunakan bahasa Melayu dan suami menggunakan bahasa Turki apabila bercakap dengan Mus'ab, anak kami. Sebab suami tidak mahu Mus'ab hilang identiti Turk :P Dan komunikasi sesama sendiri lebih selesa menggunakan bahasa Inggeris. *sigh* Tak latih lagi Pak Turki dengan bahasa Melayu, dan saya pun tak reti bercakap bahasa Turki. Bila suami bercakap bahasa Turki dengan Mus'ab, saya dengar sahajalah. Tak faham pun...

U'ols kalau merancang nak melancong ke Turki, kena tahu common words they'ols. Sebab orang Turki mcm orang Korea dan Jepun, begitu mendaulatkan bahasa they'ols. Sangat sedikit yang boleh berbahasa Inggeris. Apa yg u'ols tengok dalam citer Istanbul Aku Datang adalah tipu belaka. Tak ada pun nenek tua yg pandai ckp Inggeris. English is not common there. Jadi kenalah belajar sikit-sikit for our own benefit kan... Tak mo nanti pelancongan yg diidam-idamkan jd spoil sbb berlaku perkara yg tidak diingini. Na'zubillahi min zalik... Dan tak adalah nanti u'ols ternganga-nganga spt rusa masuk kampung kan.. Diorang nak tipu pun tak ada can. Ada tau benda2 gitu terjadi kat kawan2.

For your information, susunan bahasa Turki sama dgn susunan bahasa Jepun. Verb di depan, noun di belakang. Contohnya:
Okula gidiyorum bermaksud
Okul - sekolah
a - ke
Gidiyorum - saya pergi

Jadinya... Terjemahan mengikut susunan
Ke sekolah saya pergi :)

Rupa-rupanya, bahasa Turki sama saja dengan bahasa Melayu sebab banyak juga perkataan pinjaman bahasa Arab.  Dan... Ada juga perkataan bahasa Turki yg sama dengan bahasa Melayu. Contohnya musim, aib etc. Tak terfikir sekarang apa lagi perkataan yang sama.

Pada zaman pemerintahan Khalifah Uthmaniyah, mereka menggunakan tulisan Arab. Macam bahasa Melayu dlm tulisan Arab yg kita panggil Jawi... Tapi, bila Mustafa Kamal Ataturk merampas kuasa dan menumbangkan sistem khalifah, mereka diarahkan menggunakan tulisan rumi. Kononnya nak tiru Eropah... Dan Mustafa Kamal berusaha utk meng'Eropah'kan Turki. Semua tahu kan.. Apa yg telah dilakukan oleh Mustafa Kamal Ataturk.

Suami saya cukup anti dengan Mustafa Kamal sampaikan sebut nama pun dia tak mahu. Tetapi, dlm silibus mata pelajaran Sejarah di sekolah, mereka begitu memuji dan memuja Mustafa Kamal kerana usaha yg telah dilakukan untuk memajukan Turki. Kalau murid-murid melakukan pembacaan sendiri, mereka akan lebih mengenali Bapa Pemodenan Turki tu yang mana sangat bercanggah dengan apa yg dipelajari di sekolah.
Sebenarnya, nama hanya Mustafa Kamal sahaja. Ataturk tu merupakan gelaran yg diberikan. Ata bermaksud bapa. Turk pula merujuk kepada negara Turki. Jadinya Bapa Turki... Opsss... Rasanya dah lari topik ni...

Ok ok... Sedikit perkataan bahasa Turki. Kita mulakan dengan greetings ok.
Merhaba - mcm Hello lebih kurang
Tesekkur ederim - terima kasih
Gunaydin - selamat pagi
Iyi akshamlar - selamat petang (evening)
Iyi gejeler - selamat malam
Gorusuruz - jumpa lagi
Nasilsiniz? - Apa khabar?
Iyiyim - Saya baik
Memnun oldum - Nice to meet you
Ingilizce biliyor musunuz? - Do you speak English?
Tamam - OK

Nota: C disebut sbg J

Itulah secara asasnya. Kena hafal ni sebelum mendarat di Lapangan Terbang Ataturk. Tapi sebenarnya, bahasa Turki ada huruf tambahan. 6 semuanya... Seperti di bawah


Macam mana nak sebut huruf-huruf yang ada tanda tu? Haa... macam ni


Menarik kan? Saya idok le pandai cakap Turki. Kalau MIL dgn FIL tepon, sy tersengih2 sajalah... Itu sj yg ku mampu selain Apa kaba, anne... Saya alhamdulillah, baik. Haha... Selebihnya adalah bahasa isyarat dn bahasa kasih sayang. Tak boleh la jadik kan bahasa sbg penghalang kasih sayang kan... Selalu tau diorang ni tepon. Siap live video lagi dgn Skype. Seminggu berkali-kali. Rasa macam diorang duduk di Gombak aja..

Selalu sy nak mengelat dan mengelak... Tapi selalu tak berjaya sebab baba dengan anne akan panggil. 'Mana Raudha? Kenapa tak nampak dia?' Adeyh... Saya malu sebenarnya sbb dah setahun lebih, bahasa Turki saya tak berkembang. Itu aja lah yg saya dok ulang dr awal dulu. Perkataan Inggeris yg FIL tahu hanya lah 'very good' :)

Haiii rindulah pulak kan... Padahal tadi baru berSkype. Orang Turki sangat penyayang. Lelaki Turki sangat lembut hatinya. Abang saya lah tu ^___^

Tamam, gorusuruz insyaAllah.

Wednesday, January 15, 2014

I Love Alfalfa

Assalamu'alaikum dan salam ceria ols ^____^

Dah pertengahan bulan Januari pon... Cepatnya masa berlalu meninggalkan kita. Belum lagi share dengan anda semua produk promosi bulan Januari 2014. Harapnya masih bermanfaat, insyaAllah. Jom kita berlakon kununnya Januari baru bermula *sigh*

Heyya! Promosi bulan ini *bunyi drum on* MEDICAGO SATIVA! Opss korang pernah dengar? Sekali lagi...
Promosi bulan ini.... ALFALFA! Dah tahu kan... kan? kan?

Saya suka alfalfa ni. Saya mula ambil semasa dalam pantang untuk pelawasan dan pengecutan rahim. Jom kenal-kenal dengan Alfalfa. 




Diperbuat daripada tanaman Alfalfa (Medicago Sativa) secara organik di California yang bebas dari pestisid, herbasid dan menggunakan bahan kompos / baja bebas kimia. Alfalfa juga dikenali sebagai “Raja Segala Tumbuhan“. Medicago Sativa memiliki gred yang paling tinggi di kalangan tumbuhan alfalfa. Tumbuhan ini mengambil masa sekurangnya 2 tahun untuk membesar dan akarnya boleh mencapai sehingga 20 kaki ke dalam tanah untuk menyerap pelbagai nutrisi. 
Daun alfalfa dari Shaklee hanya dituai apabila ia telah mencapai tahap kematangan mutlak. Daun alfalfa yang telah matang kaya dengan klorofil. Daun-daun ini dikeringkan dengan udara secara semulajadi bagi mengekalkan nutrisi yang terkandung di dalamnya. Manakala bahagian lain yang tidak penting dilupuskan.
Kemudian, daun-daun yang telah dikeringkan akan dibiarkan menjadi serbuk sebelum dikompres menjadi tablet. Keseluruhan proses ini dijalankan di bawah pengawasan dan kawalan Shaklee yang sangat ketat dan teliti. 
Tumbuhan yang sangat kaya dengan pelbagai nutrisi – Alfalfa telah digunakan manusia sejak lebih dari 2500 tahun dan telah dikenalpasti sebagai makanan yang paling kaya dengan pelbagai nutrisi dan zat galian. Ia membekalkan nutrisi yang mana kebanyakannya tidak terdapat di dalam buah-buahan mahupun sayuran. Ia kaya dengan protein, asid amino, klorofil, serat, 15 zat galian, 10 vitamin, 8 enzim dan fitokimia. Subhanallah...
Sehingga kini, Alfalfa masih digunakan oleh tabib herba untuk merawat penyakit ginjal, pundi kencing, dan kalenjar prostate bagi melancarkan pengeluaran air kencing. Ia juga digunakan untuk rawatan kolesterol yang tinggi, asthma, osteoarthiritis, rheumatoid arthritis, diabetes, kebuncitan kekembungan perut dan masalah pendarahan.

Kelebihan Dan Kebaikan Alfalfa Complex Shaklee Yang Utama :
  • Mencuci hati, darah dan usus – ini adalah makanan yang sangat beralkali yang boleh mengembalikan kenormalan badan yang berasid, menghilangkan toksin dari badan, membersihkan hati, kolon, darah dan mencantikkan kulit dan otot.
  • Melawan alahan – Memperbaiki keadaan kulit dan hidung sensitif, kurap, bau badan dan ulat air (athlete’s foot) dengan berkesan.
  • Baik untuk perubahan patologi di dalam usus dan perut – Memperbaiki masalah saluran penghadaman seperti kembung, hyperasiditi, ulser gastrik, hepatitis dan sembelit.
  • Menyingkirkan lemak dan kolesterol – kajian klinikal terbukti bahawa penggunaan jangka panjang daripada alfalfa akan menghapuskan lemak, mengurangkan kolesterol, mencegah penyakit jantung, strok dan darah tinggi. Hanya Alfalfa sahaja mengandungi saponin, seperti span yang bertindak sebagai serat yang menyerap kolesterol.
  • Melawan tumor – Memakan 30-50 tablet untuk mengalkalikan badan, dengan itu memperbaiki sel-sel kanser dan membuang tumor.
  • Melegakan keletihan – Melegakan keletihan dan sebagai rawatan kepada kebanyakan penyakit
  • Mencegah/ merawat atritis – Melegakan sakit atritis dan kesakitan
Lain-lain Kelebihan dan Kebaikan Alfalfa Complex
  • Legakan sakit-sakit sendi dan belakang.
  • Membantu hilangkan kelesuan dan tekanan.
  • Memberi kelegaan semasa period.
  • Membantu Merawat arthitis
  • Membantu Merawat athma
  • Mencuci usus bagi membuang toksik
  • Membantu membuang angin dalam badan
  • Membantu mencuci buah pinggang dan merawat kencing kotor
  • Meneutralkan asid dalam badan
  • Membantu masalah keputihan pada wanita.
  • Membesar dan menegangkan payudara.
  • Bertindak seperti kacip fatimah kepada para isteri.
  • Memulihkan urat selepas bersalin.
  • Milk booster
  • Membantu masalah penghadaman dan pencernaan
  • Meningkatkan stamina lelaki
  • Membantu Melegakan masalah sembelit
Kesimpulannya, sangat banyak manfaat Alfalfa ni dan kurasakan setiap rumah harus ada at least sebotol Alfalfa. Satu keluarga ayah, ibu, abang, kakak, adik (yg berumur 12 tahun ke atas) boleh makan Alfalfa. TETAPI, harus diingatkan jangan terlalu excited sampai satu botol Alfalfa kau tonggang. Menempah nahas namanya itu... Maksimum 10 biji sehari ya... Kalau boleh pun, 10 biji jangan diambil sekali gus. 2 kali sehari ke... 3 kali sehari ke... dan diWAJIBKAN minum air yang banyak selepas itu. Kenapa? Kerana Alfalfa ni sifatnya panas. Nanti semakin parah sembelitnya. Oppss... Na'uzubillahi min zalik.

InsyaAllah, entry seterusnya akan dikongsikan Alfalfa dan set-set yang berkaitan... Stay tuned :)

Wassalam.

* Produk ini bukan bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuhkan atau mencegah sebarang penyakit atau sebarang masalah kesihatan.
Hubungi saya:
Pn. Halwatul Raudha Abd. Karim
SMS / Whatsapp : 017-3747001
Emel : raudha_arridha@yahoo.com
FB Page : Saya Suka Shaklee