Sunday, November 10, 2013

Menjadi TUA dan LAYU?

Assalamu’alaikum

Diam tak diam, dah 10 hari berlalu dalam bln November. Sekolah pun dah semakin dekat melabuhkan tirainya [yahuuu]. Tapi kena beringat juga, sebelum cuti sakan, kena pulun lebih sikit utk menyiapkan segala laporan dan dokumentasi program sepanjang tahun 2013. Kalau kepala berfikir pasal kerja, memang stress dan stress meningkatkan proses penuaan. Bagaimana proses penuaan berlaku?


Penuaan merupakan proses semulajadi yang melibatkan molekul, sel, organ dan fungsi tubuh. Penuaan juga melibatkan perubahan dari segi fizikal, psikologi, dan sosiologi.

PENUAAN FIZIKAL


Kulit

Pada usia tua, perubahan yang kita Nampak pada seluruh kulit seperti garis-garis halus dan kekedutan terutama di muka, leher dan badan disebabkan oleh ketipisan dan kekeringan kulit yang juga kurang kenyal. Oleh itu, penjagaan kelembapan kulit adalah penting pada masa ini.

Mata
Penglihatan seseorang akan menjadi semakin kabur. Masalah penglihatan boleh bermula dengan rabut dekat dan juga rabun jauh yang memerlukan pemakaian cermin mata atau kanta untuk membantu supaya penglihatan lebih jelas.

Deria Pendengaran, Rasa dan Bau
Ketiga-tiga deria ini akan berkurangan semakin usia meningkat. Pendengaran khususnya akan menurun terutama pada bunyi yang nyaring.

Sendi, Tulang dan Otot
Otot boleh menjadi lemah dan sendi semakin haus jika seorang itu kurang bersenam atau bergerak dan ini boleh menyebabkan anggota menjadi kaku. Tulang juga menjadi tipis dan boleh menyebabkan seseorang itu mudah patah tulang. Ini dikaitkan dengan penyakit osteoporosis.

Jantung
Kekenyalan salur darah, fungsi dan keupayaan jantung mengepam juga berkurang.

Sistem Penghadaman
Penghadaman makanan menjadi lambat kerana proses metabolism menurun pada usia tua.

Sistem Pundi Kencing
Proses penuaan boleh menyebabkab seseorang kurang upaya untuk mengawal pengeluaran kencing.

PENUAAN PSIKOLOGI
Perubahan fizikal yang berlaku sedikit sebanyak mempengaruhi perubahan psikologi seterusnya menyebabkan seseorang menjadi pelupa, murung, mudah keliru, runsing dan gelisah.

PERUBAHAN SOSIOLOGI
Pada usia tua, jika seseorang kurang berjumpa dan bergaul dengan masyarakat setempat / komuniti dalam aktiviti social kerana masalah kesihatan contohnya, boleh mengakibatkan seseorang itu merasakan yang mereka kehilangan peranan dan kurang sumbangan kepada masyarakat.
Sumber: Pusat Perubatan UM


Hmm... walaupun proses penuaan tidak dapat dielakkan, namun membongkar rahsia penuaan menjadi matlamat utama pencarian para saintis. Menurut perangkaan kesihatan dari Pusat Pengawalan dan Penyakit (CDC) di Amerika Syarikat, kira-kira tiga perempat daripada kematian terdiri dari 65 tahun ke atas. Kebanyakan kematian berpunca daripada keadaan kronik termasuk PENYAKIT JANTUNG dan  KANSER yang merupakan dua punca kematian utama bagi mereka yang berusia 65 tahun ke atas utk dua dekad yang lepas. Penyakakit ANGIN AHMAR  atau SEREBROVASKULAR menjadi punca ketiga teratas dan penyakit berkaitan PERNAFASAN KRONIK merupakan punca keempat kematian manakala ALZHEIMER dan KENCING MANIS (DIABETIS) juga terdiri daripada punca-punca utama kematian. CDC secara tidak langsung menerangkan yang penuaan akan menjadi lebih sihat, seronok dan produktif jika penyakit-penyakit kronik yang biasa dihidapi oleh warga tua dapat dikawal dengan baik.



Maka secara saintifik, proses penuaan berlaku disebabkan oleh 4 mekanisme berikut: 

Kerosakan DNA

Setiap hari, hampir sejuta sel tubuh diserang dan kerosakan DNA berlaku. Dan kerosakan ini mengganggu proses penyalinan genetik. Jadi, walaupun data genetik disalin utk penghasilan sel baru, terdapat 1 typo terjadi dan ini mengganggu fungsi sel dan jangka hayatnya.

Perubahan Proses Genetik DNA

Pengeluaran tenaga yang kian menurun oleh sel-sel

Di dalam setiap sel terdapat mitokondria yg berfungsi utk menjana tenaga pada tahap selular. Apabila kecekapan mitokondria menurun, fungsi sel turut merosot. Kajian makmal mendapati polifenol tertentu dapat meningkatkan tenaga biogenesis selular dan membantu meningkatkan pengeluaran 'loji-loji tenaga' mitokondria serta menggalakkan fungsi mitokondria yang sihat. Kajian lain pula mendapati, resveratrol (Apa itu rasveratrol? Akan dijelaskan pada entry akan dtg ya!) telah mampu memberikan kesan-kesan perlindungan berganda pada gangguan metabolik melalui galakan biogenesis mitokondria.

Penimbunan Protein AGE

Penimbunan protein AGE (advanced glycation end products) boleh menyebabkan kerosakan tahap selular yang akan mengganggu keutuhan dan ketahanan sel. Resveratrol mampu menyekat pembentukan AGE dan dengan sekaligus memberikan perlindungan pada sistem kardiovaskular. Penyelidikan mendapati penggunaan polifenol anggur khusus dapat memberi manfaat pada penyakit kencing manis.




Anda ingin tahu bagaimana? Nantikan entry seterusnya!

Hubungi saya:
Pn. Halwatul Raudha Abd. Karim
SMS / Whatsapp : 017-3747001
Emel : raudha_arridha@yahoo.com
FB Page : Saya Suka Shaklee

0 comments:

Post a Comment