Sunday, December 15, 2013

Manfaat Omega Guard

Assalamu'alaikum dan salam sejahtera allz :)

Seperti yg dijanjikan, hari ni nak share manfaat Omega Guard Shaklee kepada kita semua selepas kita mengetahui mengapa sumber Omega 3 Shaklee ni begitu istimewa [jika kita amalkan Omega Guard lah, kalu tak amalkan macam mana nak dapat manfaat, kan? v(@,@)]

Sebelum, tu jom zooooomm sapa yg memerlukan OG ni.



Anda mesti termasuk dalam salah satu kategori kan? Tahniah saya ucapkan :)

Jadi, manfaat OG kepada golongan di atas ialah: 

1) Ibu Hamil

  • membantu perkembangan otak bayi dalam kandungan
  • mengurangkan risiko kelahiran bayi pra matang
  • mengurangkan risiko gila meroyan selepas bersalin
  • membantu mengurangkan berat badan yang berganda-ganda semasa hamil
  • mengawal kenaikan berat badan
2) Ibu yang menyusukan anak
  • menyalurkan Omega 3 untuk sistem imunisasi dan membantu perkembangan otak bayi
  • membantu menurunkan berat badan ibu tanpa menjejaskan penyusuan
3) Kanak-kanak
  • membantu pertumbuhan badan yang sihat 
  • meningkatkan IQ serta kecerdasan otak
  • meningkatkan sistem imunisasi badan terutamanya kanak-kanak yg sering demam, selesema, batuk, asma dan ekzema
4) Mereka yg ada masalah berat badan
  • membantu  pembakaran lemak dalam badan dengan lebih cepat
  • meningkatkan hormon leptin utk mengawal selera makan
5) Wanita

  • Mengimbangi perubahan kepekatan hormon PMS wanita
  • Melicinkan kulit dan kelihatan kemerah-merahan

Selain itu, manfaat OG kepada golongan lain ialah:
  • Mencegah salur darah dari tersumbat
  • Mengelakkan strok
  • Mengekalkan tekanan normal darah
  • Membantu mengurangkan ketegangan urat leher
  • Mengurangkan sakit kepala
  • Merendahkan kolestrol
  • Mencegah pembentukan darah dalam badan
  • Mengekalkan tahap kesihatan trigliserida dan kolesterol LDL
  • Mengawal berat badan
  • Mengurangkan risiko penyakit jantung
  • Membantu tumbesaran dan perkembangan otak janin bg ibu-ibu yg sedang mengandung
  • Meningkatkan perkembangan memori janin dan kanak-kanak
  • Membantu menyihatkan paru-paru
  • Menbaiki masalah alahan kulit seperti eczema, psoriasis dll
  • Mengurangkan demam hay, bronchitis, penyakit lelah, hepatitis, SLE (lupus erythematosus)
  • Membantu mengatasi penyakit buah pinggang
  • Membantu menentang kanser paru-paru, kanser payudara, kanser prostat dan kanser kolon
  • Membantu meningkatkan kesihatan hati selepas pembedahan
  • Membantu pankreas pesakit berfungsi dengan lebih baikk
  • Memelihara fungsi-fungsi sendi
  • Mencegah penyakit gout
Selain itu, Omega 3 yang terkandung dalam OG Shaklee membantu membaiki masalah berkaitan otak, seperti:

  • Mencegah insomnia
  • Mengurangkan tekanan emosi
  • Mengurangkan kemurungan dan kebimbangan
  • Membantu membaiki masalah autism
  • Membantu membaiki masalah kanak-kanak hyperactive
  • Mengurangkan masalah schizophrenia
  • Mengurangkan masalah pelupa pada wanita yg telah melahirkan anak




Sangat best kan OG Shaklee ni? Bermanfaat utk seisi keluarga, Bi iznillah. Jadi, anda bolehlah meningkatkan kesihatan seisi keluarga sempena promosi Shaklee pada bulan Disember 2013 ni. OFFER dibulan ini BUY 6 FREE 1, dengan harga yang sangat2 berbaloi.... anda juga akan dapat KEISTIMEWAAN seperti:


  1. FREE MEMBERSHIP
  2. CASH BACK DALAM RM3++
  3. KONSULTASI PERCUMA
  4. DI ADD KE GROUP EKSKLUSIF

Boleh juga beli dengan saya 1,2 @ 3 botol.. .tetap mendapat special price TETAPI anda tidak akan memperolehi KEISTIMEWAAN (1), (2) & (4) ^____^


Untuk tempahan, boleh hubungi saya














Pn. Halwatul Raudha Abd. Karim
SMS / Whatsapp : 017-3747001
Emel : raudha_arridha@yahoo.com
FB Page : Saya Suka Shaklee

Thursday, December 12, 2013

Ada Apa dengan Omega Guard?

Assalamu'alaikum dan salam ceria semua ^___^

Diam tak diam nak habis dah tahun 2013. Alhamdulillah masih diberi kesempatan utk menikmati kurniaan Allah di bumi ini. Bulan Disember biasalah, musim hujan mencurah-curah. Best waktu macam ni... boleh main permainan tido-tido :P Tapi, jangan dilupakan kawan-kawan kat Pahang, Terengganu dan Johor yg sdg berhadapan dgn banjir... Jom kita doa utk diorang jap.


Amin...

Kalau musim hujan, virus-virus sakit senang merebak. Klinik pun semacam ja sibuknya... Demam, selesema, batuk, asma... paling kesian baby dan kanak-kanak. Kan? Sebab itu penting ibu-ibu, bapa-bapa, kakak-kakak, abang-abang, datuk nenek semua jaga kesihatan supaya tak menyebarkan virus-virus tak sihat pada anak-anak yg masih kecil utk tanggung jangkitan-jangkitan ni.

Saya juga sgt mencadangkan supaya ibu-ibu yang menyusukan bayi, warga emas, wanita hamil, pelajar, pesakit jantung, pesakit darah tinggi dan ramaiiiii lagi mengambil suplemen Omega Guard Shaklee ni. Kenapa? Jom saya terang sedikit sebanyak mengenai Omega Guard / Omega-3.

Omega 3 adalah asid lemak penting yg mengandungi EPA dan DHA utk perkembangan memori dan menajamkan minda. Tapi, tubuh kita tidak boleh menghasilkan EPA dan DHA. Jadi, kita perlu mendapatkan sumber EPA dan DHA dari sumber makanan dan suplimen. Sumber EPA dan DHA yg terbaik adalah dari haiwan seperti ikan berbanding tunbuh-tumbuhan kerana sukar ditukarkan khasiatnya oleh enzim tubuh.


Omega Guard Shaklee diekstrak dari ikan laut air sejuk (sardin, mackerel, herring, anchovies) di perairan negara Jepun. Ia bukan dari hati atau lemak ikan seperti jenama-jenama suplimen Omega lain. Omega Guard (OG) adalah 3 kali lebih tumpat dari ketumpatan hati minyak ikan. Berbanding dengan produk Omega di pasaran, OG merupakan minyak ikan paling tulen di dunia yg mengandungi rangkaian spektrum penuh 7 jenis asid lemak Omega 3 semulajadi, termasuk EPA, DHA, ALA dsb. Satu sajian OG dapat membekalkan 905mg asid lemak omega 3 EPA dan DHA.



Kebanyakan pengusaha kilang menggunakan kaedah penyulingan tekanan tinggi utk mengekstrak minyak ikan. Tetapi, kaedah ini bukan sahaja memusnahkan sesetengah nutrien, malah tidak boleh menapis kandungan logam yg membahayakan kesihatan. Shaklee menggunakan kaedah ultratulen bergred farmaseutikal teknologi terkini utk menghasilkan OG. Ia dihasilkan melalui proses penyulingan propietari 3 molekul utk mengekstrak asid lemak Omega 3 yg paling tulen dan semulajadi sementara menyingkirkan bahan-bahan merbahaya spt plumbum, merkuri, arsenik, kadmium, dioksin, dan PCB (polychlorinated biphenyl - merupakan bahan kimia industri yg sangat toksik).

Jadi, daht tahu kan kenapa Omega Guard Shaklee sgt istimewa? Ok, nanti sy sambung manfaat Omega Guard ni kepada golongan-golongan yg memerlukannya :D InsyaAllah... 

Stay tuned....

Wassalam.













Hubungi saya:
Pn. Halwatul Raudha Abd. Karim
SMS / Whatsapp : 017-3747001
Emel : raudha_arridha@yahoo.com
FB Page : Saya Suka Shaklee

Sunday, November 10, 2013

Menjadi TUA dan LAYU?

Assalamu’alaikum

Diam tak diam, dah 10 hari berlalu dalam bln November. Sekolah pun dah semakin dekat melabuhkan tirainya [yahuuu]. Tapi kena beringat juga, sebelum cuti sakan, kena pulun lebih sikit utk menyiapkan segala laporan dan dokumentasi program sepanjang tahun 2013. Kalau kepala berfikir pasal kerja, memang stress dan stress meningkatkan proses penuaan. Bagaimana proses penuaan berlaku?


Penuaan merupakan proses semulajadi yang melibatkan molekul, sel, organ dan fungsi tubuh. Penuaan juga melibatkan perubahan dari segi fizikal, psikologi, dan sosiologi.

PENUAAN FIZIKAL


Kulit

Pada usia tua, perubahan yang kita Nampak pada seluruh kulit seperti garis-garis halus dan kekedutan terutama di muka, leher dan badan disebabkan oleh ketipisan dan kekeringan kulit yang juga kurang kenyal. Oleh itu, penjagaan kelembapan kulit adalah penting pada masa ini.

Mata
Penglihatan seseorang akan menjadi semakin kabur. Masalah penglihatan boleh bermula dengan rabut dekat dan juga rabun jauh yang memerlukan pemakaian cermin mata atau kanta untuk membantu supaya penglihatan lebih jelas.

Deria Pendengaran, Rasa dan Bau
Ketiga-tiga deria ini akan berkurangan semakin usia meningkat. Pendengaran khususnya akan menurun terutama pada bunyi yang nyaring.

Sendi, Tulang dan Otot
Otot boleh menjadi lemah dan sendi semakin haus jika seorang itu kurang bersenam atau bergerak dan ini boleh menyebabkan anggota menjadi kaku. Tulang juga menjadi tipis dan boleh menyebabkan seseorang itu mudah patah tulang. Ini dikaitkan dengan penyakit osteoporosis.

Jantung
Kekenyalan salur darah, fungsi dan keupayaan jantung mengepam juga berkurang.

Sistem Penghadaman
Penghadaman makanan menjadi lambat kerana proses metabolism menurun pada usia tua.

Sistem Pundi Kencing
Proses penuaan boleh menyebabkab seseorang kurang upaya untuk mengawal pengeluaran kencing.

PENUAAN PSIKOLOGI
Perubahan fizikal yang berlaku sedikit sebanyak mempengaruhi perubahan psikologi seterusnya menyebabkan seseorang menjadi pelupa, murung, mudah keliru, runsing dan gelisah.

PERUBAHAN SOSIOLOGI
Pada usia tua, jika seseorang kurang berjumpa dan bergaul dengan masyarakat setempat / komuniti dalam aktiviti social kerana masalah kesihatan contohnya, boleh mengakibatkan seseorang itu merasakan yang mereka kehilangan peranan dan kurang sumbangan kepada masyarakat.
Sumber: Pusat Perubatan UM


Hmm... walaupun proses penuaan tidak dapat dielakkan, namun membongkar rahsia penuaan menjadi matlamat utama pencarian para saintis. Menurut perangkaan kesihatan dari Pusat Pengawalan dan Penyakit (CDC) di Amerika Syarikat, kira-kira tiga perempat daripada kematian terdiri dari 65 tahun ke atas. Kebanyakan kematian berpunca daripada keadaan kronik termasuk PENYAKIT JANTUNG dan  KANSER yang merupakan dua punca kematian utama bagi mereka yang berusia 65 tahun ke atas utk dua dekad yang lepas. Penyakakit ANGIN AHMAR  atau SEREBROVASKULAR menjadi punca ketiga teratas dan penyakit berkaitan PERNAFASAN KRONIK merupakan punca keempat kematian manakala ALZHEIMER dan KENCING MANIS (DIABETIS) juga terdiri daripada punca-punca utama kematian. CDC secara tidak langsung menerangkan yang penuaan akan menjadi lebih sihat, seronok dan produktif jika penyakit-penyakit kronik yang biasa dihidapi oleh warga tua dapat dikawal dengan baik.



Maka secara saintifik, proses penuaan berlaku disebabkan oleh 4 mekanisme berikut: 

Kerosakan DNA

Setiap hari, hampir sejuta sel tubuh diserang dan kerosakan DNA berlaku. Dan kerosakan ini mengganggu proses penyalinan genetik. Jadi, walaupun data genetik disalin utk penghasilan sel baru, terdapat 1 typo terjadi dan ini mengganggu fungsi sel dan jangka hayatnya.

Perubahan Proses Genetik DNA

Pengeluaran tenaga yang kian menurun oleh sel-sel

Di dalam setiap sel terdapat mitokondria yg berfungsi utk menjana tenaga pada tahap selular. Apabila kecekapan mitokondria menurun, fungsi sel turut merosot. Kajian makmal mendapati polifenol tertentu dapat meningkatkan tenaga biogenesis selular dan membantu meningkatkan pengeluaran 'loji-loji tenaga' mitokondria serta menggalakkan fungsi mitokondria yang sihat. Kajian lain pula mendapati, resveratrol (Apa itu rasveratrol? Akan dijelaskan pada entry akan dtg ya!) telah mampu memberikan kesan-kesan perlindungan berganda pada gangguan metabolik melalui galakan biogenesis mitokondria.

Penimbunan Protein AGE

Penimbunan protein AGE (advanced glycation end products) boleh menyebabkan kerosakan tahap selular yang akan mengganggu keutuhan dan ketahanan sel. Resveratrol mampu menyekat pembentukan AGE dan dengan sekaligus memberikan perlindungan pada sistem kardiovaskular. Penyelidikan mendapati penggunaan polifenol anggur khusus dapat memberi manfaat pada penyakit kencing manis.




Anda ingin tahu bagaimana? Nantikan entry seterusnya!

Hubungi saya:
Pn. Halwatul Raudha Abd. Karim
SMS / Whatsapp : 017-3747001
Emel : raudha_arridha@yahoo.com
FB Page : Saya Suka Shaklee

Tuesday, November 5, 2013

.: Salam Maal Hijrah :.

Bismillahirrahmanirrahim....
Assalamu'alaikum kepada anda yg sedang membaca :)

Saya post entry pertama ni setelah hampir 3 bulan blog saya dibina tapaknya. Orang berblog, saya juga mahu berblog... orang berjual, saya juga mahu berjual...orang jadi kaya, saya juga mahu jadi kaya! sapa tak mahu kan... semua orang saya rasa mahu jadi kaya. Kenapa nak jadi kaya? itu yang membezakannya...

Menulis bukanlah kepakaran saya...menulis juga bukan kegemaran saya... tapi kerana mahu berjaya, kena ketepikan apa yang suka, apa yang tidak suka. Ya lah...macam seorang pelajar. Mana boleh berjaya kalau tak belajar kan? Melainkan anda seorang yang sangat pintar dikurniakan otak yang sangat bagus... Kalau yang tak pintar tu macam-macam kena buat - stay up tengah malam, nota ringkas kena buat, latihan kena lengkap, homework kena siap... semua ni usaha. Kalau nak berjaya kena usaha. USAHA TANGGA KEJAYAAN...gittewwww...kat tangga sekolah ada kata-kata ni. Peka juga saya semasa naik tangga... okeh melalut sudah.

Sempena tahun baru mengikut kalendar hijrah ni, saya gagahkan juga menulis apa yg patut sbg satu permulaan. Kalu tak mula, sampai bila tidak ke mana... betul? Post ini jg sbg menyahut cabaran mummy saya Pn. Ainul :) Terima kasih, mummy. Blog ini pada dasarnya ditubuhkan utk penghebahan suplimen Shaklee. Ye laaa...dah nama blog pn gitew :P

Saya mula mengenali Shaklee ketika hendak melahirkan anak saya yang pertama. Tercari-cari set berpantang yang terbaik, berpatutan, berkesan, mudah dan semula jadi. Pengalaman pertama, banyak yang saya tidak tahu... Jadi kena lah bertanya pada yang berpengalaman. Gambar kat bawah ni sy tanya kawan-kawan di FB mengenai set berpantang dan ramai yang mencadangkan set berpantang Shaklee. Baik jg utk penghasilan susu, kata mereka.


Saya kira kawan2 dalam FB masa tu semuanya dalam lingkungan umur mcm saya dan sdg giat mengembangkan membina keluarga, jadi mereka byk terdedah kpd isu kesihatan masa kini. Byk set berpantang yang dicadangkan, dan Shaklee yg menang AFUNDI! :P Shaklee yg plg byk dicadangkan :) Dpt lihatkan, betul ke betul?

Jadi bermula lah pencarian saya Googla sana, Google sini mengenai Shaklee. Dengan izin Allah, saya bertemu dgn blog 'mummy' Shakleeku, Pn. Ainul. Byk sebenarnya blog yg sy singgah dan hubungi mereka, tp Pn. Ainul ni yg plg pantas dan efisien.

Dari situ, bermulalah perkongsian hidup saya bersama Shaklee. Alhamdulillah... Allah temukan sy dgn suplimen yg best ni.

Jom berjumpa lg dlm entri seterusnya :)

Anda lihat, anda tentukan, anda pilih!












Hubungi saya
Pn. Halwatul Raudha Abd. Karim
SMS / Whatsapp : 017-3747001
Emel : raudha_arridha@yahoo.com
FB Page : Saya Suka Shaklee

Wednesday, September 18, 2013

Disclaimer

  1. Sebarang penulisan di Saya Suka Shaklee adalah bersifat perkongsian peribadi. Dilarang sama sekali untuk dicetak atau disalin sekiranya bukan untuk perkongsian ilmu.
  2. Segala tawaran dan hadiah adalah eksklusif dari Saya Suka Shaklee dan berbentuk peribadi. Ia sama sekali tiada kaitan dengan Shaklee Sdn. Bhd. atau mana-mana pihak.
  3. Semua testimoni yang dikongsi di sini atau penulisan mengenai produk Shaklee bukan bertujuan untuk mendiagnosis, merawat, menyembuhkan atau menganalisa apa jua masalah / penyakit kesihatan dan mencegah penyakit. Pembaca yang mengalami masalah kesihatan digalakkan mendapat nasihat dari pakar kesihatan yang berkaitan.
Suplemen Shaklee adalah sebagai makanan tambahan untuk penjagaan kesihatan. Setiap orang berhak untuk mendapat gaya hidup yang sihat

Raudha Abd. Karim
953269
SMS / Whatsapp: 017 - 3747001